As Salam,
Hujung minggu ini sekolah saya mengadakan gotong royong peringkat dalaman.Saya ambil kesempatan ini untuk mengajak anak-anak pengawas saya yang sangat rajin dan komited untuk datang membantu saya.
Buku-buku tersebut adalah senarai buku yang akan dilupuskan pada tahun ini kerana sudah tidak digunakan dalam KSSR semakan 2017.
Tambahan lagi, saya juga ada menubuhkan wassap grup ibu bapa yang anak-anak mereka pengawas SPBT sekolah.Jadi, grup ini memang banyak memudahkan dan membantu saya dalam berinteraksi dengan para ibu bapa.Hanya maklumkan dalam wassap grup perihal aktiviti gotong royong, maka ibu bapa akan listkan nama anak-anak yang berkelapangan untuk datang.Alhamdulillah:)
Mereka sudah tahu dan pandai menjalankan tugas dengan pengawasan yang minima daripada saya.
Biasanya saya akan lantik ketua bagi setiap aktiviti, dan arahan hanya diberikan kepada ketua, selebihnya ketua ini yang akan agihkan tugas kepada rakan-rakan lain.
Jika buat aktiviti gotong royong, perkara pertama yang kita kena buat ialah buat sisihan dahulu.Pilih manakah barang yang masih elok digunakan dan manakah yang perlu dibuang supaya bilik BOSS tidak menjadi stor barang.haha.
Sementara saya buat sisihan barang yang masih elok, murid lain bantu saya mengikat lebihan buku tahun 1 yang akan dihantar ke BOSSD.Tahun ini, sekolah saya menutup sebuah kelas tahun satu, maka banyaklah lebihan buku tahun 1 yang terpaksa saya hantar ke BOOSD.
Selepas buat penyisihan barang, murid-murid diminta menyusun buku teks yang akan dilupuskan di atas rak yang masih kosong, supaya keadaan buku lebih kemas dan teratur.
Target kerja saya dalam pengurusan SPBT ialah semua urusan lebihan atau kurang buku akan saya selesaikan sepanjang bulan Januari.Selepas itu, guru kelas akan melengkapkan borang SPBT-G, dan tugas saya pula melengkapkan buku stok.
Berhenti rehat sekejap dan anak-anak ini saya jamu dengan nasi lemak daun pisang yang sangat sedap sehingga masing-masing minta tambah nasi lemak.haha.Boleh tahan jugak budak-budak ini makan eh.
Seronoknya makan selepas bergotong-royong mengemas bilik BOSS!
Makan nasi lemak daun pisang dengan sambal extra.yay!
Saya sangat berpuas hati dengan hasil selepas gotong royong pada hari ini.Selain saya dapat melihat ruang stor buku di bilik BOSS yang lebih kemas dan teratur, saya juga gembira sebab akhirnya selepas setahun, saya berjaya mengeluarkan semua barang atau borang yang berusia sehinga 10 tahun dalam bilik ini.Alhamdulillah:)
Saya lebih utamakan bilik yang kemas dan teratur daripada bilik yang cantik tapi bersepah dan tidak teratur.Kalau stor buku kemas macam ni, saya pun mahu tidur di sini.hehhe.
Jika anda bukan Cikgu Buku Teks, pasti anda tertanya-tanya, mengapa rak punya besar dan banyak, buku yang ada tak lebih dari 3 buah di rak? Yup! itu adalah peraturan di semua Bilik BOSS sekolah.
Buku yang selebihnya hendaklah dihantar ke BOSSD bagi tujuan membantu sekolah lain yang bermasalah kurang buku.
Ruang tengah ini sebenarnya berguna dalam beberapa aktiviti.Misalnya jika pegawas saya sedang memproses buku sama ada mengecop buku teks atau menulis nombor perolehan, maka mereka akan duduk di meja jepun ni.Selain itu, saya juga melaksanakan pengajaran di bilik ini sekiranya saya mendapat kelas relief.Pada masa inilah saya akan bimbing murid akan penjagaan buku teks dan cara baik pulih buku.
Bilik ini memang agak berhabuk khasnya di bahagian lantai kerana tikar yang digunakan juga sudah semakin uzur dan koyak.Saya sedang berusaha untuk menggantikan tikar baru jika ada kewangan yang mencukupi.InshaAllah:)
Alhamdulillah, terima kasih membaca entri ini, semoga perkongsian ini memberi nilai dan manfaat kepada kalian:)
0 Comments
Sila Tinggalkan Komen Anda Disini.Terima Kasih.
Emoji