As Salam,
Kursus Kepimpinan Pengawas : Leaders For Tommorrow-Sudah lama saya simpan entri ini.Kursus ini kami jalankan sekitar bulan Mac atau April tahun ini.Saya pun dah tak ingat.huhu.Tapi niat memang nak share dalam blog ini sebagai moment dengan anak-anak pengawas saya, maka bermula cuti panjang kali ini, saya mahu update beberapa lagi program Pengawas SPBT sekolah yang telah kami jalankan.
Program kepimpinan pengawas ini sebenarnya anjuran Kelab Kaunseling sekolah dengan kerjasama semua unit pengawas yang ada di sekolah kami.Maknanya bukan Pengawas unit SPBT sahaja yang terlibat, ada pengawas sekolah, pengawas PSS dan pengawas PRS.
Barisan pengawas SPBT -depa dok seronok sakan dapat ikut program kepimpinan ni.Alhamdulillah.Kursus ini memang terbaik untuk mereka:)
Bergambar bersama barisan pentadbir sekolah, Puan Guru Besar, GPK HEM dan GPK Ko Kurikulum
Antara pengisian pada sebelah pagi, murid mengikuti senaman pagi dan motivasi kepimpinan. Motivasi kepimpinan ini disampaikan oleh Guru Kaunselor yang dijemput khas.Para pengawas ini turut mengikuti aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama Guru Kaunselor tersebut.
sebaik selesai aktiviti kumpulan bersama unit masing-masing, sempat juga kami ambil gambar bersama.
Sesi pembentangan dan ulasan bersama Guru Penyelaras merangkap Fasilitator.
Saya seronok dan happy bila lihat anak-anak pengawas saya dapat menunjukkan keyakinan diri di hadapan khalayak.Inilah antara potensi anak pengawas yang ingin saya gilap sejak mereka dalam darjah 4 lagi.
Mana tak seronok bila dapat buat aktiviti lukis gambar sendiri kemudian minta kawan lain teka sama
ada kenal atau tidak diri mereka.
bersedia untuk dengar taklimat dari Fasilitator:)
Bila lihat mereka yang baik dan mendengar kata, bersyukur saya kerana Allah ilhamkan untuk ambil dan pilih mereka untuk menjadi sebahagian dari tulang belakang saya mengemudi dan menguruskan bilik spbt:)
yup:) I am their mastermind:)
Eh..yang mana satu cikgu ni..haha..bajet kanak-kanak ribena pulak..
Inilah harapan saya kepada anak-anak pengawas yang mengikuti kursus kepimpinan kali ini.
Latihan kepimpinan ini sangat penting sebagai kesinambungan kepada mereka mengalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih baik.aamin.InshaAllah.
Terima kasih mengikuti perkembangan Unit SPBT sekolah kami:) sampai jumpa lagi.
0 Comments
Sila Tinggalkan Komen Anda Disini.Terima Kasih.
Emoji