As Salam,
Manual Panduan Pengagihan Dan Pemulangan Buku Teks SPBT sesi 2020 Oleh BSTP- Alhamdulillah.Terjawab sudah segala kemusykilan yang berlegar-legar di minda kebanyakan Penyelaras SPBT se-Malaya kan.hiks.Akhirnya Bahagian Sumber Teknologi dan Pendidikan (BSTP) telah mengeluarkan surat yang mengandungi Manual Panduan bagi urusan agihan dan pemulangan buku teks bagi sesi persekolahan 2020.
Pengalaman Aktivti Pemulangan buku teks bagi murid tahun 6 2020 yang dilaksanakan di sekolah kami.Ibu atau bapa dikehendaki hadir sebagai wakil kepada murid.Proses ini mengamalkan SOP yang ketat, tetapi buku teks dapat dipulangkan dengan mudah dan lancar.
Kami di Unit SPBT sekolah, sebenarnya telah sedia dengan plan dan perancangan berkaitan urusan agihan dan pemulangan buku teks memandangkan ia memang rutin mana-mana sekolah pada hujung persekolahan.Namun begitu, kami tahu kita masih terikat dengan arahan dari BSTP, KPM.
Akhirnya, pada pagi ini sebaik menerima makluman Panduan pemulangan Buku Teks oleh BSTP yang dihantar melalui kiriman whatapps oleh GPK Hal Ehwal Murid sekolah kami, maka saya terus kongsikan dengan AJK SPBT di sekolah.Barulah kami berasa lega dan tidak tertanya-tanya apakah SOP yang patut kami sediakan jika proses pemulangan buku harus dijalankan sebelum cuti sekolah tahun ini.
Berikut merupakan ringkasan atau Point Utama yang semua Penyelaras SPBT perlu hadam berkaitan Manual Pengagihan dan Pemulangan Buku Teks bagi tahun 2020. Sumber ringkasan ini adalah daripada Group SPBT Malaysia di Telegram.
1. Garis Panduan(GP) pengagihan dan pemulangan buku teks telah disediakan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan(BSTP),KPM bertarikh 2/12/2020
2. Sekolah perlu merancang proses pemulangan dan pengagihan Buku Teks berdasarkan GP yg diberikan.
3. Pemulangan dan pengagihan perlu dilakukan pada tahun hadapan(2021) selepas sesi persekolahan dibuka.
4.Bagi murid tahun 6, pemulangan juga perlu dibuat pada tahun hadapan *atau* semasa murid mengambil sijil berhenti sekolah *atau* mengikut kesesuaian sekolah.
5.Pemulangan buku teks murid Tingkatan 5(2020) dibuat selepas peperiksaan SPM tamat.
6.Bagi Buku Teks Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas(MPEI) dan buku Komponen Sastera(KOMSAS) yg masih digunakan oleh murid Tingkatan 5 2020, boleh diakses buku tersebut di laman sesawang DELIMa(Digital Educational Learning Initiative Malaysia).
:pushp
7.murid T5 2021 semua guna buku BTB, buku MPEI dgn KOMSAS masih guna buku BCS (akan ada 2 kohort yg guna buku sama).Tingkatan 5(2021) akan guna buku digital dahulu. Selepas pemulangan buku Tingkatan 5(2020) baru boleh guna buku fizikal)
8.Pengagihan buku teks fizikal MPEI dan KOMSAS T5 ini boleh diagih slps pemulangan buku teks Tingkatan 5(2020).
Terima kasih:bouquet:
8.Pengagihan buku teks fizikal MPEI dan KOMSAS T5 ini boleh diagih slps pemulangan buku teks Tingkatan 5(2020).
Terima kasih:bouquet:
0 Comments
Sila Tinggalkan Komen Anda Disini.Terima Kasih.
Emoji