Make Over Bilik BOSS Sekolah : Cabaran Road To AITNS 2019

As Salam,
Make Over Bilik BOSS Sekolah : Cabaran Road To AITNS 2019-Ini adalah entri atau post back dated yang saya tangguhkan penerbitannya dalam blog sebab 'kesempitan masa".Sudahnya sampai ke tahun baru 2020, dah masuk fasa PKPB baru saya berkesempatan berkongsi pengalaman saya dan rakan-rakan guru di sekolah membuat make over Bilik BOSS kerana terpilih dalam Pencalonan Anugerah Insan Terbilang Negeri Sembilan (AITNS) bagi kategori Bilik Khas.

Kejayaan melaksanakan make over Bilik BOSS sekolah adalah kerana komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam kalangan rakan guru semua.

Ini pula gambar sebelum make over dijalankan-sebenarnya tetap dan masih cantik pun semua hiasannya, cuma bilik ini telah berusia hampir 10 tahun, jadi pentadbir mencadangkan wajah baru Bilik BOSS sesuai dengan kriteria pertandingan yang akan kami sertai.

Orait, post kali ini saya bahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama saya kongsikan dahulu pengalaman kami dalam membuat persiapan-persiapan bagi menjalankan sesi make over Bilik BOSS sekolah-kalau ikut pendapat peribadi saya, Bilik yang ada dah okeylah tu.hihi. 

Namun berkat mempunyai rakan sekerja yang sangat-sangat baik, komited dan rajin dan juga barisan pentadbir yang inginkan perubahan, maka saya usahakan untuk membuat perancangan bagi memastikan make over yang dilaksanakan memenuhi hasrat dan impian semua:)-

Make Over 1 : Aktiviti Keceriaan Laluan SPBT Walk

Geng-geng cikgu potong huruf untuk laluan SPBT.Waktu ini cuti hujung minggu, masih lagi mereka sudi datang ke sekolah bersama saya untuk mengejar dateline persiapan. Tambah buat saya terharu apabila masing-masing bawa makanan sebagai potluck, ada juga yang mengendong anak kecil -

Kerja-kerja pertama yang dijalankan ialah mengecat dinding dan lantai yang akan dijadikan sebagai SPBT Walk atau sudut info dan bacaan sebagai tarikan kepada murid dan rakan guru atau pelawat ke Bilik BOSS sekolah kami. Sebelum ini, laluan di hadapan Bilik BOSS memang sangat suram, gelap dan tidak menarik.

 Ini pula kerja-kerja menyusun, melukis huruf dan perkataan bagi laluan spbt.Cikgu Halimah memang gigih dan komited dalam memastikan tugasan dibawahnya iaitu unit susun atur huruf berjalan lancar.Saya mencadangkan kepada rakan dan ajk yang terlibat supaya laluan ini di buat seperti permainan ala ting-ting tetapi kami mengambil signal tapak kaki yang tertulis amalan menjaga buku teks dengan baik.

 Air tangan Ustazah Fatahilla, dua tiga kali juga simbol tapak kaki ini dicetak bagi memastikan ia selaras dengan draft yang saya berikan. Akhirnya, kami mendapat simbol tapak kaki yang sesuai dengan perkataan dan info yang akan disampaikan.

Yup, pekerjaan ini memang memerlukan kesabaran dan ketelitian sehingga Cikgu Afna Guru Pemulihan pun sanggup turun padang bagi membantu Unit SPBT. Saya sangat berbesar hati apabila Cikgu Afna beritahu, dia memang suka akan aktiviti melukis dan mewarna seperti itu.

 Inilah hasil pertama bagi projek make over laluan SPBT. Objektif laluan ini adalah bagi meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan dan tatacara penjagaan buku teks.

 Ada 5 tatacara yang kami paparkan pada lantai laluan SPBT ini-dan ini adalah antaranya.Bagi menjadikan laluan ini lebih bersih dan terjaga, kami jadikan laluan ini sebagai laluan tanpa kasut.
Selain itu, dapat kawal maintenance cat supaya tahan lebih lama :)

Syabas! Anda berjaya menjaga buku teks dengan baik dan selamat :)

Perancangan Buat Make Over Bilik BOSS Sekolah
  1. Langkah pertama yang saya buat ialah tubuhkan grup wassap dengan team yang saya pilih dalam kalangan guru sedia ada.Semua rakan-rakan di sekolah seharusnya dilibatkan ( begitu mengikut kehendak pentadbir ).Tapi memandangkan saya yang akan handle tugasan ini, saya mohon kelonggaran supaya tidak melibatkan semua guru kerana kekangan rakan guru tahun 6 terutamanya yang terlibat dengan UPSR.Team yang saya pilih melibatkan lebih kurang 20 orang rakan guru dengan faktor kepakaran masing-masing dalam menjadikan make over ini berjaya dengan cemerlang:)
  2. Seterusnya kami bermesyuarat dalam waktu yang terhad.Bayangkan saya ajak mereka berkumpul di Bilik saya, untuk mendengar taklimat berkaitan perancangan make over hanya sekitar 10-15 minit sekitar jam 7.20 pagi. Sebab selepas itu masing-masing perlu ke kelas menjalankan pdpc seperti biasa.
  3. Fokus kepada perancangan dan lantik Penyelaras setiap bahagian/unit- Saya suka kepada style kerja fokus kepada apa yang kami ingin capai.Peranan penyelaras akan capai target atau perancangan setiap unit bersama ajk masing-masing.InshaAllah, jika komunikasi lancar, semua dapat beri kerjasama yang padu.
  4. Bila buat tugasan dengan duedate atau dateline-kita perlu cekal sebab bukan semua boleh bekerja dalam situasi dateline yang singkat.Nak tak nak, sebab saya yang mengetuai, saya harus lebih dahulu menapak selangkah ke hadapan berbanding yang lain.Namun syukur, walaupun berhadapan dengan pelbagai kekangan, semua unit dapat bergerak seiring pada masa yang ditetapkan.
  5. Sedia dengar dan terima pendapat rakan-walaupun keputusan akhirnya kitalah yang harus ambil risiko.Ini biasa bagi mana-mana tugasan jika kita dipertanggungjawabkan untuk mengetuai sesuatu tugasan.
Make Over 2 : Keceriaan Wall Laluan SPBT

 Ini pula make over bahagian kedua yang kami rencanakan.Sebelum ini wall ini hanyalah dinding kosong dengan latar warna kuning atau peach tak silap saya.AJK Unit Dekorasi mencadangkan dicat wall ini dengan latar grey marble ( yang nampak seperti latar putih) supaya ruang nampak lebih luas dan bersih. Gambar buku dengan perkataan 1 Love Books ini bagi saya sangat melengkapi maksud saya bagi keceriaan wall ini.Saya sangat sukakannya!

 Ini hasilnya.Meski nampak simple, tapi ia ibarat less is more :)

Puan Guru Besar-menjadi orang pertama yang merasmikan ruang gambar ini. 

Ini pula bagi melengkapi hasrat menjadikan laluan spbt ini ibarat ruang bacaan yang santai.Murid boleh membaca sambil menikmati air minuman yang disediakan bersama sedikit wafer, sweets atau cookies.Konsepnya asal yang saya inginkan ialah bukan setakat ini, malah jika punya masa dan kesempatan juga kewangan mencukupi, saya mahu mereka bermain indoor game seperti chess, congkak atau dam di sudut ini.

Nampak lebih segar wall di laluan spbt selepas dibuat pengubahsuaian-

Orait, buat permulaan saya kongsikan make over dibahagian luar Bilik SPBT sekolah.Inilah antara inovasi yang kami di unit SPBT cuba lakukan dan berharap dapat dipertingkatkan dan dikembangkan idea kami dengan lebih baik.

Namun kesan penularan virus Covid-19 yang melanda negara, ruang ini saya terpaksa tutup apabila murid akan kembali ke sekolah dalam beberapa minggu lagi.Salah satu daripada usaha pihak sekolah bagi mengawal pergerakan murid di sekolah mengikut SOP social distancing, jadi saya tangguhkan dahulu operasi sudut bacaan santai di ruang ini.

Pada masa sama, saya beri laluan kepada Bilik Kesihatan yang kebetulan bersebelahan bilik SPBT yang kini menjadi Bilik Isolasi bagi memaksimakan penggunaan ruang luar bilik supaya segala info dan maklumat berkaitan Covid-19 dapat dipatuhi dan sampai kepada semua murid.InshaAllah.

Nantikan perkongsian kami sempena Majlis Anugerah AITNS, layakkah Bilik BOSS sekolah kami memenangi cabaran ini ? Tunggu next post dari kami :)

Doakan kami di unit SPBT terus komited dan gigih dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang diberi.aamin




Post a Comment

0 Comments