TENTANG BILIK BOSS SK KAMPUNG BARU SI RUSA

As Salam,
Terlebih dahulu, saya sebagai Admin bagi Blog Rasmi Bilik BOSS SK Kampung Baru Si Rusa, ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian pelawat atau anda semua ke blog rasmi kami:)

Kami mengalu-alukan kehadiran anda semua dan ingin meraikan anda dengan pelbagai perkongsian berkaitan dengan pengurusan Bilik BOSS sekolah kami atau apa sahaja info yang berkaitan dengan Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah rendah.

Barisan AJK Unit SPBT sekolah kami

Selain itu, kami juga turut berkongsi pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan oleh Kelab SPBT sekolah kami.Ya, kami bukanlah kelab terbaik yang jika dibandingkan dengan pelbagai sekolah kluster yang anda ketahui, tapi kami memegang kepercayaan, selagi ia hal baik dan boleh dimanfaatkan, maka akan kami setia kongsikan.InshaAllah.

 Aktiviti ketika menyertai Pertandingan Amalan Terbaik Kelab SPBT

Kursus Kepimpinan Pengawas SPBT

 Jamuan tahunan kelab SPBT

 Aktiviti memproses buku teks

 Aktiviti memproses buku teks

Nampaknya, gigih saya menulis panjang lebar tentang Blog Rasmi kami yang tidak sepertinya ini.heh.Saya pula, sebagai Penyelaras Bilik BOSS sekolah sejak tahun 2018, telah mengambil inisiatif mewujudkan blog ini sebagai medium dan juga sebagai sumber dokumentasi kepada rakan sejawatan, pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah dan juga kepada kalangan ibu bapa dan murid yang banyak memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya dan rakan guru yang lain dalam menguruskan segala hal berkaitan Unit SPBT di sekolah.

Saya akui, masih banyak kelemahan yang mungkin anda temui dalam perkongsian ini, tetapi doakanlah semoga saya dan rakan-rakan dalam unit SPBT terus komited dalam membangunkan dan memajukan unit SPBT.

Berikut sedikit pencapaian Unit SPBT dalam menguruskan Bilik BOSS sekolah.Doakan kami terus setia berbakti demi kebajikan dan kemudahan pembelajaran murid di sekolah.
  • Penerima Anugerah Insan Terbilang (AITNS) kategori Pengurusan Bilik BOSS Terbilang peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) Tahun 2019.
  • Penerima Anugerah Gangsa Pertandingan Amalan Terbaik Kelab SPBT peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) Tahun 2019.
  • Penerima Anugerah Pengurusan Bilik BOSS Terbilang peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) Tahun 2008.
  • Penerima Anugerah Pengurusan Bilik BOSS Terbilang peringkat Jabatan Pendidikan Daerah Port Dickson,Negeri Sembilan (PPDPD) Tahun 2008.
  • Penerima Anugerah Pengurusan Bilik BOSS Terbilang peringkat Jabatan Pendidikan Daerah Port Dickson,Negeri Sembilan (PPDPD) Tahun 2007.

Ruyung, jika tidak dipecahkan, manakan kita akan dapat sagunya..":)


Hargai Buku Cintai Ilmu
Penyelaras Unit SPBT SK KBSR
Admin/ Penulis Blog

Post a Comment

0 Comments