Senarai Link dan Qr Code Buku Teks Digital KSSR Sekolah Rendah Yang Terkini

As Salam,
Senarai Link dan Qr Code Buku Teks Digital Sekolah Rendah Yang Terkini- Semenjak kerajaan menguatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac lalu, saya perasan ramai kalangan guru dan ibu bapa yang berusaha mendapatkan pautan atau link bagi buku teks digital yang pernah diperkenalkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dengan kerjasama Bahagian Buku Teks, KPM.

Buku Teks Matematik Jilid 1 Tahun 1

Pengajaran dan Pemudahcaraan (PDPC) juga dilaksanakan mengikut kesesuaian dan kemudahan murid untuk belajar dari rumah.Jadi, mungkin ada kalangan guru atau ibu bapa yang memerlukan buku teks digital sebagai kemudahan menjalankan PDPC secara maya.

Untungnya, sebelum kita mula bercuti pertengahan penggal pertama tempohari,saya sempat menyiapkan QR Code buku teks digital bagi kegunaan murid dan rakan-rakan guru di sekolah.

Kali ini, saya akan kongsikan kepada semua pembaca blog ini, semoga perkongsian ini memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada sesiapa yang memerlukannya.InshaAllah.

Buku Teks Bahasa Arab Tahun 1

Senarai Link dan Qr Code Buku  Teks Digital Sekolah Rendah Yang Terkini
  1. Buku Teks Digital Tahun 1
  2. Buku Teks Digital Tahun 2
  3. Buku Teks Digital Tahun 3 ( Semakan KSSR 2017)
  4. Buku Teks Digital Tahun 4 ( Belum diperolehi )
  5. Buku Teks Digital Tahun 5
  6. Buku Teks Digital Tahun 6 
QR CODE Buku Teks Digital Tahun 1 : Sila Scan dan share:)


Sebagai makluman kepada semua ibu bapa atau guru, kemudahan menggunakan Qr Code ini sangat berkesan dalam zaman serba canggih ini memandangkan ia boleh di scan terus melalui telefon pintar tanpa perlu kita menaip link atau pautan yang diperlukan.

Jadi, jika anak ibu bapa tertinggal buku di sekolah atau sebagainya, kita boleh tampal siap-siap photo Qr Code ini di rumah, dan terus scan sahaja.Tidak ada masalah untuk menyiapkan homework di rumah atau ingin membuat rujukan dan ulangkaji.Mudah bukan?

Saya akan post Qr Code buku teks digital ini mengikut tahun bagi kemudahan semua.Terima kasih kerana melawat blog ini:)


Post a Comment

0 Comments