Tahniah! Anda Pengawas SPBT SK Kampung Baru Si Rusa Yang Hebat

As Salam,
Tahniah! Anda Pengawas SPBT SK Kampung Baru Si Rusa Yang Hebat-Entri ini saya dedikasikan kepada semua anak-anak kecil pengawas SPBT sekolah di bawah bimbingan saya. Masih ingat lagi, tatkala saya diberi tanggungjawab untuk memikul tugas sebagai Penyelaras SPBT di sekolah, saya tahu, saya bermula dengan zero.Saya masih teraba-raba dalam memahami tugas baru di sekolah baru.

sedikit demi sedikit mereka juga seperti saya, belajar banyak hal baru sebagai pengawas yang baru dilantik.Namun, tempoh belajar perkara baru juga mendorong mereka lebih sabar dan gigih dalam menjalankan tugas.

Kini, masuk tahun kedua menguruskan Unit Skim Pinjaman Buku Teks, sedikit demi sedikit saya belajar memahami tugas saya.Dalam tahun pertama dan kedua ini, saya tidak akan sekali-kali melupakan mereka selagi ada hayat saya.Merekalah tulang belakang dan malaikat kecil yang banyak berjasa dalam membantu saya menjalankan tugas pengurusan buku teks dengan lancar dan mudah.

Pengawas SPBT yang saya miliki pada hari ini bukan sahaja saya akui integriti mereka malah saya hanya mendengar mereka bertanya saya : Apa lagi nak buat cikgu? Apa lagi nak tolong cikgu?Hati guru manalah yang tidak jatuh kasih dengan anak-anak seperti ini:)

Sama seperti sekolah lain, Unit SPBT mempunyai Jawatankuasa Pengurusan yang tersendiri, begitu juga di sekolah saya.Dalam banyak hal, saya banyak uruskan sendiri, dengan bantuan rakan guru kelas dan murid-murid lain.Semua murid yang datang kepada saya dan bertanyakan tentang buku teks adalah pelanggan yang harus saya raikan dengan sabar dan ikhlas.

Kebajikan mereka dengan hak mendapat buku teks, sering menjadi cabaran dalam tugas saya.Adakala mereka terpaksa menunggu sehingga dua tiga minggu bagi membolehkan saya mengatur jadual dan mendapatkan buku teks lebih dari BOSSD atau sekolah lain yang mempunyai lebihan buku teks.

Pengawas ini juga dibimbing menjalankan tugas dengan sistem yang telah saya sendiri ajarkan kepada mereka.Aktiviti merekod kehadiran ke Bilik BOSS dan mencatat tugasan yang dilakukan merupakan satu bimbingan supaya mereka lebih bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikul.

Kerajinan dan komited para pengawas ini terhadap tugasan mereka memang tidak dapat saya pertikaikan lagi.

Hadir ke sekolah ketika cuti hujung tahun antara salah satu tanggungjawab para pengawas SPBT yang sangat saya hargai dan sanjungi budi mereka.Semoga Allah menjadikan anak-anak kecil ini kalangan hamba-hambaNya yang cemerlang di dunia dan akhirat.aamiin.

Mereka memilih untuk bersama saya waktu senang dan susah:)

Semoga Allah menganjari mereka semua dengan ganjaran yang tidak terperi:)

Post a Comment

0 Comments