Kelab SPBT Sertai Pertandingan Lagu Patriotik Sempena Bulan Kemerdekaan

As Salam,
Kelab SPBT Sertai Pertandingan Lagu Patriotik Sempena Bulan Kemerdekaan-Sekali lagi saya kongsikan aktiviti yang disertai Kelab SPBT sekolah sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.Dalam pertandingan ini, kelab SPBT mendapat undian lagu Dirgahayu Tanahairku-lagu yang saya sendiri tidak pasti pada awalnya, bagaimanalah melodinya.huhu.

Alhamdulillah.Saya dan beberapa orang guru Kelab SPBT sempat membimbing para ahli kelab dengan memahami melodi dan lirik lagu.Semuanya teruja dan memberi sokongan dan kerjasama padu dalam pertandingan ini.

 Persembahan lagu patriotik sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah

Persembahan sajak iringan sebelum lagu bermula

 Para pengawas SPBT sedang bersedia menunggu giliran membuat persembahan

 Sesi latihan terakhir sebelum membuat persembahan di pentas.

 Anak-anak kecil ini bagaikan anak-anak saya sendiri yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama
dalam apa jua aktiviti sekolah.

 Semoga kalian dewasa dengan menjadi kebangaan ibu dan bapa:)

 Sempat lagi saya siapkan bunga raya diy sebagai hiasan di kepala anak-anak pengawas
.Bolehlah kann..buat penghias kepala

 Alhamdulilah, saya berjaya siapkan bunga raya diy ini dalam tempoh tak sampai satu jam.

 Salah seorang pengawas saya yang berbakat besar dalam nyanyian.




Post a Comment

0 Comments