Selamat Datang Ke Blog Rasmi Bilik BOSS SK Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson

As Salam,
Syukur.Allah pinjamkan masa dan ilhamkan saya untuk mengambil langkah pertama ke arah membangunkan dan memajukan Bilik BOSS sekolah dengan kewujudan Blog Rasmi Bilik BOSS sekolah.Inisiatif ini saya lakukan lebih kepada minat dan kecenderungan saya dalam berblog sejak tahun 2011, kini saya melihat sudah sampai masanya saya bangunkan laman blog rasmi untuk Bilik BOSS sekolah saya.It is my passion now and i love this much!

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas SPBT Tahun 2018
Sebagai pengenalan, saya ingin kongsikan sedikit sebanyak aktiviti yang telah kami laksanakan bermula Januari 2018 sehingga Januari 2019.Genap setahun saya memikul tanggungjawab sebagai Penyelaras SPBT sekolah.

Alhamdulillah.Banyak perkara baru yang saya belajar, dan pada masa sama saya usahakan untuk menambah baik pengurusan Bilik BOSS bagi tahun kedua saya mengurusnya.InshaAllah.

 Majlis watikah pelantikan Pengawas SPBT sekolah.Majlis ini sebagai salah satu acara formaliti kepada semua pengawas sekolah sebagai pengiktirafan kepada tanggungjawab dan peranan mereka dalam membantu guru menjayakan program-program sekolah.

 Para pengawas SPBT bersedia sebelum acara penyerahan watikah lantikan

 Ketua Pengawas SPBT bagi sesi 2018

 Tahun pertama saya sebagai Penyelaras SPBT sekolah

Para pengawas berbaris untuk menerima watikah lantikan 

 Wajah gembira para pengawas selepas majlis menerima watikah selesai

 Ikrar terima tugas secara berjemaah:)

 Bergambar bersama setiausaha unit SPBT dan GPK HEM sekolah

Semoga Allah beri kemudahan saya dan para pengawas menunaikan amanah dan tanggungjawab:)

Saya percaya dan positif, meski saya tak punya pengalaman berkhidmat dalam unit SPBT, ia bukanlah penghalang untuk saya terus maju dalam unit ini.Allah memberi kerana itulah kemampuan kita:)

Sayangi Buku, kerana dari situ engkau mendapat ilmu!

Post a Comment

1 Comments

Sila Tinggalkan Komen Anda Disini.Terima Kasih.

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)