Majlis Watikah Lantikan Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas SPBT

As Salam,
Majlis Watikah Lantikan Ketua dan Penolong Pengawas SPBT-Minggu yang panjang.Program sekolah sangat padat dan baru kali ini saya berkesempatan berkongsi tentang Majlis Watikah Lantikan Pengawas SPBT sekolah.Cuma kali ini, kami terpaksa buat majlis watikah dua sesi kerana kekangan masa.Majlis watikah ini dijalankan dengan pelantikan Ketua Pengawas SPBT dan Penolong serta majlis bacaan ikrar sahaja.

Barisan pemimpin pengawas sekolah, manakala yang berbaju purple itulah pengawas kebanggaan saya:) Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas SPBT SK Kampung Baru Si Rusa, Port Dickson.

Pada sesi yang lain, barulah semua pengawas SPBT akan menerima watikah lantikan mereka.Itupun pengawas-pengawas lain dah sibuk bertanya saya, bila pula majlis lantikan untuk mereka.huhu.Kalau ikut cikgu memang nak buat sekali jalan je nak oii.Tapi itulah, kekangan masa yang tidak dapat dielakkan.

Bergambar  bersama para pengawas SPBT sekolah

keceriaan pada wajah mereka, kegembiraan bagi saya juga.Sebenarnya ada sedikit kekurangan pada gambar ini kerana ketika majlis ini diadakan, pengawas yang baru dilantik belum lagi mendapat vest mereka.Jadi, terpaksalah berpakaian formal pengawas SPBT tanpa vest.Agak ralat juga.

Bersama barisan pentadbir dan perasmi pada majlis Watikah Lantikan Pengawas.

Bagi saya, majlis watikah lantikan ini seharusnya menjadi satu majlis yang terbaik bagi semua pengawas sekolah dalam menerima tanggungjawab dan amanah di sekolah.Peranan mereka bukan kecil.Merekalah yang akan jadi tulang belakang sekolah dalam memastikan banyak program sekolah berjalan lancar.

Di doakan semua pengawas yang menerima watikah lantikan pada hari ini dapat menyelami dan menghayati tanggungjawab mereka dan seterusnya beriltizam untuk memberi sepenuh komitmen dan kerjasama padu kepada semua guru supaya bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.InshaAllah.

seronok anak-anak kecil ini pada majlis bacaan ikrar.Mereka sedang menunggu sesi bergambar bersama pentadbir sekolah.

Bersama barisan Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang segak berbaju kuning air dan vest coklat:) dan dibaris belakang pengawas SPBT pula ialah barisan Pengawas PRS sekolah dengan kemeja putih dan bertudung hitam serta tali leher merah.

Orait, setakat ini dahulu.Sampai bertemu lagi di lain kesempatan:)

Post a Comment

0 Comments