Kelab SPBT SK Kg. Baru Si Rusa Wakil Daerah Port Dickson Ke Pertandingan Amalan Terbaik Kelab SPBT Peringkat Negeri Sembilan

As Salam,
Pertandingan Amalan Terbaik Kelab SPBT Peringkat Negeri Sembilan- Alhamdulillah, Kelab SPBT sekolah saya baru sahaja selesai menyertai Amalan Terbaik Kelab SPBT Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan pada 9 Oktober lalu di SJKT Sri Sendayan.Dengan Pencapaian  tempat ketiga bagi ketegori sekolah rendah daripada 9 buah sekolah yang bertanding, saya menerima keputusan ini sebagai yang terbaik dan menepati keperluan dan kemampuan kami pada masa ini.Inshallah, semoga kami mendapat ruang yang lebih baik pada masa depan:)aamin.

 Tiga peserta dibahagian tengah itulah presenter sekolah kami yang menyampaikan pembentangan Amalan Terbaik Kelab SPBT iaitu Mya Arissa, Syifa Iwani dan Aina Qhaisarah.Dua orang lagi kami bawa ke pertandingan untuk bertugas di booth Pameran.

Bersama guru Pembimbing yang masih lagi hijau dalam dunia SPBT, tapi tetap nak mencuba yang terbaik untuk anak-anak pengawas dan kelab SPBT sekolah.ceh gitu..haha.

Kalau ikutkan, pada peringkat awal pertandingan ini diadakan pada 25 Oktober, tapi ditangguhkan dua minggu berikutnya.Saya tahu, komitmen anak-anak pengawas saya pasti lebih sukar kerana pada minggu sama mereka bakal menduduki peperiksaan UPKK!bertabahlah guru pembimbingnya..(Sayalah tu..)huhu.Nak tukar peserta pun saya dah tak mampu sebab kami dah mula berlatih separuh jalan.Mahu tak mahu, saya usahakan juga supaya sesi latihan tidak menganggu fokus murid pada peperiksaan UPKK.

Semasa sesi taklimat pada penghujung Ogos, saya dah dimaklumkan akan pertandingan ini.Sebenarnya pertandingan ini adalah julung kalinya diadakan diperingkat negeri dan kebangsaan,jadi penganjur berterus terang bahawa kami boleh buat presentation mengikut kreativiti sendiri dengan beri penekanan kepada beberapa aspek yang akan mereka nilai.

Ini merupakan item-item yang dinilai dalam pertandingan Amalan terbaik kelab SPBT sekolah.Sebenarnya pertandingan ini ada instrumen yang ditentukan bagi pemberian markah, tapi kami sekolah-sekolah yang bertanding hanya dibekalkan dengan lampiran ini.

Inilah barisan guru Kelab SPBT sekolah kami, dari kiri Teacher Zarina, Ustazah Rahmah Hidayah, Cikgu Shamsiah dan Ustazah Norsyuhada-team perah otak, team penat lelah dan juga team susah payah saya:) heh.

Maka bermulalah sesi "memerah otak" bagi team kelab SPBT sekolah bagi merealisasikan presentation Amalan kelab Terbaik.Saya pula hanya berbekalkan pengalaman yang masih setahun jagung dalam dunia SPBT, namun saya sangat bersyukur kerana mempunyai geng guru dalam kelab SPBT yang tdak berkira masa dan tenaga untuk merealisasikan apa yang kami hasratkan.Saya pula macam orang lain yang masuk bertanding, alang-alang dah dipilih oleh PPD Port Dickson untuk ke peringkat negeri, tak kan nak berserah diri je kan.haha.Haruslah mencuba sehabis baik gitu.heh.

Anak-anak pengawas SPBT sekolah bergambar di booth pameran Kleb SPBT.Booth pameran ini juga dinilai dalam pertandingan ini dan mewakili 10 peratus dari keseluruhan markah.

Bersama Puan Nor Rizai, GPK HEM sekolah yang turun padang ke tempat pertandingan sebagai mewakili Guru Besar.

 Semasa sesi penilaian booth pameran oleh juri bahagian dokumentasi.Ketika ini, murid sendiri yang akan menjawab soalan-soalan juri berdasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka menguruskan kelab SPBT bersama guru kelab.

Ketika peringkat awal pemilihan peserta, kami memang dah nampak potensi dan kebolehan tiga orang presenter yang kami pilih ini, mereka sangat berani, berkeyakinan dan berpengetahuan dalam pengurusan kelab SPBT sekolah kami.Alhamdulillah.Allah kurniakan anak-anak pengawas SPBT yang baik-baik dan cerdik-cerdik:)

Bersama barisan juri dokumenatsi sebaik selesai pertandingan.

Semasa sedang menunggu giliran pembentangan.Saya agak terkilan sebenarnya apabila guru pembimbing tidak dibenarkan berada di Auditorium semasa pembentangan dijalankan.Jadi, saya memang tidak berpeluang melihat sendiri presentation sebenar anak-anak pengawas saya ketika pertandingan.Tawakkal sahajalah masa ni.Dengan adhoc pula slide diuruskan juga oleh salah seorang pengawas yang kami bawa untuk bertugas di booth.Apapun, saya redho sahajalah apa pun keputusan pertandingan nanti.

 Akhirnya, alhamdulillah.Rezeki menyebelahi anak-anak pengawas kami apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Gangsa ( Pemenang Tempat Ketiga ) dalam pertandingan Amalan Kelab Terbaik Peringkat JPN, Negeri Sembilan.

Rasa terbayar penat lelah menguruskan pertandingan ini selama beberapa minggu.Meskipun tidak dapat ke peringkat kebangsaan, saya positif bahawa ALLAH sudah memberi yang terbaik buat kami.Allah mahu beri peluang supaya kami dapat berusaha memperbaiki ruang yang kurang untuk kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.Cantiknya aturan ALLAH..:)
Bersama peserta-peserta pertandingan dari pelbagai sekolah yang mewakili daerah masing-masing ke peringkat negeri.Tahniah kepada SK Seremban Jaya 2 ( kategori sekolah rendah) dan SM Sains Rembau ( kategori Sekolah menengah) yang akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan.Proud all of u:) n congrats!

Banyak input dan benda baru yang saya perolehi sepanjang sehari pertandingan ini berlangsung.Secara keseluruhannya, penganjuran pertama kali bagi pertandingan seumpama ini, banyak memberi fokus dan tumpuan kepada proses kemenjadian murid itu sendiri.

Sudah tiba masa, guru benar-benar menjad fasilitator dan pembimbing, selebihnya murid yang explore sendiri apa yang seharusnya mereka lakukan dan praktikkan apa yang sudah mereka pelajari dan perolehi dari guru-guru mereka.

Saya dan rakan guru team spbt juga sudah mula lebih bersemangat untuk buat lebih baik pada pertandingan akan datang.InshaAllah.Semoga dapat peluang lebih baik untuk kembangkan potensi anak-anak.:)

Thanks read this sharing:) Lets Follow our blog guys:) 

Post a Comment

0 Comments