As Salam,
QR Code Dokumen Penjajaran Kurikulum ( DPK ) Subjek Sejarah Tahun 4, 5 Dan 6. Sebaik sesi persekolahan dibuka semula selepas wabak Corona Virus mulai reda di negara kita, KPM melalui Bahagian Pembangunan Kurikulum ( BPK) telah memperkenalkan Dokumen Penjajaran Kurikulum bagi menyelaraskan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan.
DPK Sejarah SK Tahun 4
DPK Sejarah SK Tahun 4
DPK Sejarah SK Tahun 4
Di sekolah, dengan memegang peranan sebagai Ketua Panitia Sejarah, saya juga terlibat dalam memastikan ahli dalam panitia saya mendapat input dan seiring dengan perubahan dan perkembangan semasa dalam sistem pendidikan negara.Taklimat dalam kalangan KP juga sudah dilaksanakan mengenai DPK dan pelaksanaannya.
Bagi kemudahan ahli dalam panitia menguruskan fail dan dokumen, saya usahakan untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan yang berasaskan DPK dan juga menyediakan QR Code bagi DPK yang sebelum ini dikenali sebagai DSKP.
DPK dikeluarkan oleh BPK bagi menyelaraskan kredit masa mata pelajaran yang dikurangkan kerana cuti persekolahan yang dipanjangkan sehingga pertengahan Disember.
Bagi guru-guru yang memerlukan QR Code DPK khasnya bagi subjek Sejarah Tahun 4, 5 dan 6, saya kongsikan di sini bagi kemudahan semua.
QR Code DPK Sejarah SK Tahun 4
QR Code DPK Sejarah SK Tahun 5
QR Code DPK Sejarah SK Tahun 6
Orait, semoga membantu semua yang memerlukan.InshaAllah.Jangan lupa share dengan rakan guru lain yang memerlukan QR Code DPK Sejarah SK Tahun 4, 5 dan 6.
0 Comments
Sila Tinggalkan Komen Anda Disini.Terima Kasih.
Emoji