Aktiviti Kelab SPBT Fasa PKPP : Pengurusan Baik Pulih Naskhah Al Quran

 As Salam,

Aktiviti Kelab SPBT Fasa PKPP : Pengurusan Baik Pulih Naskhah Al Quran- Selepas Pekeliling dikeluarkan akan pelaksanaan Program Ko Kurikulum di sekolah dalam fasa PKPP, sekolah kami turut mengambil inisiatif meneruskan kembali aktiviti Ko Kurikulum yang telah tertangguh hampir 6 bulan lamanya.

Sebilangan naskhah Al Quran yang sudah berjaya dibaik pulih oleh anak-anak pengawas SPBT sekolah.

Aktiviti baik pulih Al Quran berjaya memupuk semangat kerjasama dan berdikari dalam kalangan murid serta meningkatkan kemahiran murid dalam proses baik pulih buku.

Untuk Minggu Pertama pelaksanaan aktiviti Ko Kurikulum, Kelab SPBT telah berjaya melaksanakan aktiviti tahunan yang tertangguh iaitu Pengurusan Baik Pulih Naskhah Al Quran. Aktiviti baik pulih Al Quran ini dirancang sebagai salah satu aktiviti kelab memandangkan unit SPBT mendapati terdapat sebilangan naskhah Al Quran yang digunakan murid menunjukkan kerosakan yang agak serius iaitu terkoyak helaiannya dan juga tercabut kulit Al Quran.

Sebagai mematuhi adab dalam memegang dan mengangkat kitab suci Al Quran, Guru Pembimbing telah terlebih dahulu meminta murid supaya mengambil wudhu di surau sekolah secara bergilir mengikut kumpulan kecil.Selepas murid mempunyai wudhu, barulah mereka dibenarkan untuk memulakan proses baik pulih Al Quran.

Didikan dan bimbingan seperti ini sangat penting kepada semua murid supaya apabila mereka diminta melakukan proses yang sama, semua murid akan prihatin dan mematuhi keperluan sebelum menjalankan baik pulih Al Quran.

Antara kerosakan yang terdapat pada naskhah Al Quran yang sedang dibaiki

Murid dibimbing dalam kumpulan kecil akan proses baik pulih Al Quran yang betul dan berkesan.

Sikap murid yang mahu belajar dan minat terhadap proses baik pulih buku dalam pengurusan SPBT banyak membantu unit pengurusan SPBT sekolah melaksanakan segala aktiviti dengan lebih berkesan dan lancar.

Bagi kemudahan guru SPBT sekolah mengurus buku untuk baik pulih, apabila aktiviti baik pulih dijalankan semasa aktiviti Kelab, maka program baik pulih Al Quran dapat dijalankan dalam tempoh satu jam sepanjang pelaksanaan aktiviti Kelab Persatuan di sekolah.

Ternyata kebanyakan ahli kelab SPBT yang kesemuanya adalah pengawas SPBT sekolah, teruja dengan aktiviti ini dan berjaya membaik pulih Al Quran dengan sangat baik dan kemas.

Semoga semua murid dapat menghargai buku teks pinjaman sekolah dengan lebih baik selepas ini.InshaAllah.



Post a Comment

0 Comments